Menurut Datuk Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK):
Dadah ‘magic mushroom‘ yang menggemparkan masyarakat sebelum ini disahkan sebagai ganja sintetik diproses dalam bentuk cecair bagi digunakan menerusi rokok elektronik atau vape.
Beliau turut menambah bahawa bahan terkait dengan pembuatan ‘magic mushroom‘ adalah melibatkan cecair diproses daripada ganja dan banyak disalah guna melalui vape.
“Daripada data yang kita dapat dan hasil ujian diperoleh daripada Jabatan Kimia, ia sebenarnya bukan ‘magic mushroom‘ sebaliknya adalah ganja sintetik dimasukkan dan digabungkan dalam vape.”
“Magic mushroom di luar sana adalah satu terminologi yang dipakai secara meluas, tetapi apa yang kita peroleh daripada ujian dijalankan adalah dadah sintetik sebenarnya.”
SUMBER: