Waspada Notis Palsu Berkaitan Siasatan Penyebaran Pornografi Kanak-Kanak Yang Menyalahgunakan Nama Dan Logo SPRM

TULAR:
110

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):

SPRM ingin menegaskan bahawa satu dokumen yang kini tular di platform aplikasi pemesejan dan emel peribadi yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM berhubung siasatan penyebaran pornografi kanak-kanak adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak SPRM.

Notis tersebut menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) serta mencantumkan logo rasmi SPRM dan alamat ibu pejabat SPRM di Putrajaya secara tidak sah bagi tujuan penipuan.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang emel, mesej, atau dokumen yang meragukan serta sentiasa menyemak kesahihan maklumat menerusi saluran rasmi SPRM seperti berikut:
• Laman sesawang: www.sprm.gov.my
• Facebook rasmi: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
• Talian bebas tol: 1-800-88-6000

SUMBER:
Laman Rasmi SPRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI