Waspada Panggilan Berunsur Penipuan Yang Menyamar Sebagai Kakitangan KKM

TULAR:
221

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM menafikan penglibatan Pegawai Penguatkuasa Farmasi dalam panggilan telefon berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan telefon berunsur penipuan (scam) sedemikian.

Peringatan kepada orang awam
Sekiranya orang awam menerima panggilan telefon yang mencurigakan, langkah-langkah berikut boleh diambil:

a) Kekal tenang.
b) Jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi kepada pemanggil seperti nombor kad pengenalan atau nombor akaun bank.
c) Memutuskan panggilan telefon dengan segera.
d) Membuat laporan kepada pihak polis dengan segera.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI