
Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM):
JSJK, PDRM telah menerima satu laporan polis pada 24 disember 2025 daripada seorang pengadu/mangsa yang mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai NSRC. Menurut mangsa, individu tersebut memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa telah disalahgunakan bagi tujuan penyebaran pautan bantuan kewangan kerajaan.
Mangsa kemudiannya telah disambungkan kepada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai polis, di mana pegawai polis tersebut menyatakan mangsa telah terlibat dalam kes pengubahan wang haram serta mendakwa telah menangkap seorang individu dan mengaitkan nama mangsa sebagai pemilik akaun keldai dalam kes tersebut.pada 4 Disember 2025, individu berkenaan telah mengarahkan mangsa supaya meletakkan kad ATM milik mangsa di suatu tempat untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan siasatan. Selepas mangsa menyerahkan kad ATM dan no.pin, mangsa menyedari wang di dalam akaunnya telah berkurangan dan dikeluarkan tanpa pengetahuan dan kebenaran mangsa secara berperingkat.
JSJK menegaskan NSRC yang ditubuhkan pada Oktober 2022 merupakan pusat panggilan yang beroperasi secara komunikasi sehala, iaitu hanya menerima panggilan daripada orang awam. NSRC tidak akan menghubungi individu melalui telefon, mahupun menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp, oleh itu, sebarang panggilan atau mesej yang mengaku mewakili NSRC adalah penipuan semata-mata. Sebagai tambahan juga tiada siasatan yang dilakukan oleh PDRM hanya melalui dengan panggilan telefon sahaja. Pegawai penyiasat kes akan memanggil pihak yang ingin disiasat hadir ke pejabat pegawai penyiasat kes untuk siasatan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak tidak dikenali serta segera membuat laporan polis sekiranya mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan.
SUMBER:
Facebook Rasmi JSJK PDRM






