Menurut CyberSecurity Malaysia:
CyberSecurity Malaysia menasihati orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dengan penyamaran sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia yang dibuat melalui panggilan telefon.
CyberSecurity Malaysia ingin menegaskan bahawa tidak ada sebarang panggilan telefon yang dibuat oleh mana-mana pengawai CyberSecurity Malaysia berkaitan sebarang bentuk ancaman atau salah laku siber.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut apabila menerima panggilan scam tersebut:
- Jangan sesekali berikan butiran peribadi termasuk maklumat perbankan kepada pemanggil.
- Jangan sesekali klik atau mengakses kepada apa jua pautan atau lampiran yang dihantar oleh pemanggil.
- Lakukan semakan terhadap emel atau mesej yang diterima dengan pihak CyberSecurity Malaysia sebelum sebarang tindakan diambil.
- Laporkan panggilan scam tersebut ke [email protected].
SUMBER:
Facebook Rasmi CyberSecurity Malaysia