Waspada Peluang Pelaburan Yang Ditawarkan Oleh Mana-Mana Entiti Atau Syarikat Tidak Berlesen

TULAR:
238

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM):

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu 12 premis di sekitar Lembah Klang dalam satu tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah syarikat serta beberapa entiti yang lain.

Satu tindakan penguatkuasaan bersama pelbagai agensi penguatkuasaan telah diambil kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk kesalahan di bawah:

i. Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA);
ii. Seksyen 112 dan 113 Akta Cukai Pendapatan 1967;
iii. Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram; dan
iv. Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, AMLA).

Entiti tersebut sebelum ini telahpun disenaraikan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Jun 2023.

Orang ramai digesa untuk terus berwaspada dengan hanya meletakkan deposit atau melabur dengan entiti yang dilesenkan atau berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan. Penglibatan dalam mana-mana syarikat yang tidak berlesen atau tidak berdaftar boleh menyebabkan seseorang dianggap sebagai bersubahat dengan kesalahan yang dilakukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim kewangan haram dan tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh BNM, sila layari halaman Tindakan Penguatkuasaan BNM.

SUMBER:

Laman Rasmi BNM

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI