Waspada Maklumat Tidak Sahih Mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat

TULAR:
14798

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan agar berwaspada di dalam merujuk maklumat, serta melayari laman sesawang atau pautan tidak rasmi dan tidak ditentusah, mengenai skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.


Sumber gambar : WhatsApp

Bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat, orang ramai adalah dinasihatkan agar melayari pautan dan laman sesawang rasmi bagi skim Bantuan Sara Hidup Rakyat, seperti yang berikut:

 https://bsh.hasil.gov.my

Orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tidak rasmi dan tidak ditentusah.

Selain itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut memaklumkan bahawa mereka tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup Rakyat secara panggilan. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian.



MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI