Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan laman sesawang yang menggunakan nama Kerajaan Malaysia, meminta orang awam memuat-turun aplikasi mudah alih yang menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia, bagi mendapatkan pakej bantuan COVID-19.
Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, aplikasi tersebut mungkin mengandungi perisian hasad yang seterusnya boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna (phishing).