
Menurut kenyataan media Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS):
Merujuk kepada sebuah video tular di platform media sosial TikTok yang dimuat naik oleh satu akaun TikTok yang melibatkan YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS, video tersebut adalah palsu dan dihasilkan melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) atau deepfake.
Penghasilan dan penyebaran video tersebut adalah cubaan berniat jahat yang menjatuhkan imej, mencemarkan reputasi, dan menjejaskan integriti Ketua Pengarah AKPS dengan tujuan memanipulasi serta mengelirukan orang ramai.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dan sentiasa waspada dengan kandungan yang disiarkan.
SUMBER:






