Waspada Penumpuan Angin Barat Bertiup di Rantau Negara Dijangka Bertambah Kencang Pada 29 Ogos hingga 1 September 2025

TULAR:
88

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin barat yang sedang bertiup di rantau negara dijangka bertambah kencang bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2025.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak) dan barat Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Phuket dan Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Phuket, Samui, Condore, Reef North, Palawan, Labuan & Layang-Layang berkuat kuasa pada 27 Ogos hingga 30 Ogos
2025.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI