
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan terdapat penumpuan angin di barat Sabah bermula pada 20 – 21 Ogos 2025. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan udara yang berpotensi membawa hujan lebat berserta ribut petir dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di bahagian Barat Sabah, Utara Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






