
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlanjutan di timur Sabah sehingga 18 September 2025. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.






