
Menurut kenyataan media Ketua Polis Negara (PDRM):
PDRM mengesan wujudnya penyebaran maklumat serta gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina, yang telah dimuat naik dan dikongsi oleh pihak tertentu di media sosial.
Maklumat yang dikongsi adalah tidak tepat dan berpotensi mengelirukan orang awam. Tindakan sebegini bukan sahaja boleh menjejaskan perjalanan siasatan yang sedang berlangsung, malah berupaya mengganggu keadilan kepada semua pihak. Untuk makluman, segala proses siasatan termasuk isu bedah siasat (post-mortem) dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan untuk menghentikan sebarang tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang tidak sahih, termasuk pendedahan maklumat berkaitan siasatan kes ini.
PDRM ingin mengingatkan bahawa perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berikut:
i. Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 larangan mendedahkan maklumat identiti, alamat, nama sekolah, dan gambar kanak-kanak yang terlibat;
ii. Seksyen 203a Kanun Keseksaan berkaitan pendedahan maklumat; dan kesalahan
iii. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
SUMBER:






