
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di timur dan utara Semenanjung serta negeri Sabah yang berpotensi menyebabkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang bermula pada 19 hingga 22 November 2025.
Sehubungan dengan itu, Amaran Hujan Lebat Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu berkuatkuasa 19 hingga 21 November 2025.
Pada masa yang sama, MET Malaysia telah mengemaskini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di Laut China Selatan berkuat kuasa pada 19 hingga 23 November 2025.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






