Waspada Sebaran Berita Palsu Mengenai Geran Digital Madani Bagi PMKS

TULAR:
39

Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC):

MDEC ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa maklumat mengenai berita palsu yang sedang tular di internet berkaitan geran digital yang dipanggil MADANI, kononnya dibuka untuk menyokong PMKS.

Berita ini adalah sepenuhnya palsu dan berniat jahat. Kerajaan serta MDEC tidak mempunyai sebarang kaitan dengan geran ini.

Memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai berita palsu berkaitan peluang pembiayaan, MDEC menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap maklumat sebegini dan sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi.

SUMBER:

Facebook Rasmi MDEC

Instagram Rasmi MDEC

X Rasmi MDEC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI