
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):
MOF menegaskan bahawa hebahan mesej berkenaan bantuan ‘SARA untuk semua’ ADALAH PALSU!
Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial.
Untuk makluman, tiada sebarang permohonan diperlukan bagi RM100 SARA. RM100 SARA yang diumumkan semalam oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad kepada seramai 22 juta warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas bermula 31 Ogos 2025.






