Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Akaun Keldai / Tumpang bermaksud individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.
MOF menasihati orang ramai untuk mengambil langkah-langkah keselamatan seperti berikut:
- JANGAN benarkan akaun bank anda digunakan oleh penjenayah kewangan/ pihak ketiga.
- JANGAN mudah percaya dengan tawaran wang bagi penggunaan akaun anda.
- JANGAN dedahkan maklumat perbankan peribadi/ nombor akaun/nombor PIN/ kata laluan kepada pihak ketiga.
Ingat! Elakkan diri anda daripada terpedaya. Bahaya menanti anda.
Artikel terdahulu 4 oktober 2023