Waspada Sindiket Pemalsuan Dokumen Berhubung Arahan Pembayaran Permit Masuk KDN

TULAR:
892

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah:

JIM Negeri Sabah telah mendapat satu aduan yang mengatakan bahawa tular satu surat bertajuk arahan pembayaran permit masuk KDN yang dikeluarkan oleh JIM Negeri Sabah. Hasil semakan pihak JIM Negeri Sabah mendapati semua dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan di Pejabat Imigresen Negeri Sabah.

JIM Negeri Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket pemalsuan dokumen dan berhubung terus ke Pejabat Imigresen yang terdekat untuk mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya ada pihak yang mendakwa boleh menguruskan dokumen jabatan ini. Sebarang aduan dan pelaporan boleh disalurkan terus ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Imigresen dilaman sesawang http://imi.spab.gov.my.

Justeru itu, JIM Negeri Sabah bersama agensi penguatkuasa yang lain memohon kerjasama dari rakyat Malaysia khususnya Negeri Sabah untuk melapor sebarang jenis dokumen imigresen yang meragukan bagi membendung serta membanteras kegiatan ini. Tanggungjawab ini bukan hanya digalas oleh pasukan keselamatan sahaja, namun ianya juga adalah tanggungjawab masyarakat dan rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Negeri Sabah
Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
Facebook Rasmi KDN
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI