Menurut CyberSecurity Malaysia:
CyberSecurity Malaysia mendapati bahawa terdapat lonjakan iklan penipuan yang mempromosikan pelbagai produk dan promosi di platform media sosial popular oleh Meta, Facebook.
Iklan tersebut dibuat oleh pelbagai halaman Facebook palsu yang menyamar sebagai individu sah dan jenama yang mendakwa menjalankan jualan dan promosi potongan harga. Salah satu iklannya ialah mengenai penyamaran sebagai Mid Valley Megamall, sebuah pusat beli-belah yang popular di Malaysia dan mendakwa menjalankan promosi untuk minyak wangi Dior Sauvage.
Sekiranya pengguna klik pada pautan iklan tersebut, ia akan membawa mangsa kepada laman sesawang lain di mana mangsa diminta untuk melengkapkan tinjauan, mengisi alamat penghantaran atau butiran perbankan.
Tapak pancingan data mendakwa bahawa penghantaran akan dibuat dalam masa 3 – 5 hari dan mangsa perlu membuat pembayaran selepas barangan diterima. Sehingga amaran ini ditulis, tapak pancingan data tersebut masih aktif.
Pengguna juga disaran untuk sentiasa berhati-hati sekiranya mendapat mesej seumpama ini.
SUMBER:
Facebook Rasmi CyberSecurity Malaysia
Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM)