Waspada Sindiket Penipuan Yang Menyamar Sebagai Individu Dikenali Bagi Tujuan Pemindahan Wang Melalui Akaun WhatsApp

TULAR:
364

Menurut Kenyataan CyberSecurity Malaysia (CSM):

CSM mendapati terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi WhatsApp, di mana pelaku (penipu) tersebut menyamar sebagai individu yang dikenali mangsa.

Penipu akan menghantar satu pautan melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa dan meminta mangsa untuk klik pada pautan tersebut yang akhirnya menyebabkan mangsa kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri.

Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan.

Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp tersebut. Penipu menggunakan teknik melibatkan kandungan teks yang mendakwa ‘mangsa’ berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan bagi membantu ‘mangsa’keluar dari krisis atau kes kecemasan tersebut. Penipu berjanji akan membuat pembayaran balik ‘.

Dalam situasi ini, kenalan mangsa akan terpedaya dan mempercayai mesej tersebut dihantar oleh rakan mereka yang memerlukan wang yang mana akhirnya kenalan mangsa mengalami kerugian wang.

Nasihat kami agar orang ramai tidak klik pada sebarang pautan yang diterima melalui Whatsapp. Jangan membuat sebarang pemindahan wang sebelum mendapat kepastian dan pengesahan.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada ia adalah dari sumber yang sahih, maka dapatkan maklumat untuk pengesahan terlebih dahulu.

SUMBER:

Facebook Rasmi CSM

Facebook Rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital

Instagram Rasmi CSM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI