WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak berkuasa, yang memaklumkan bahawa ahli keluarga mangsa telah ditahan bagi tujuan membantu siasatan.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Sindiket penipuan ini biasanya akan memperdaya mangsa dengan cara menyamar sebagai pihak berkuasa yang memaklumkan bahawa ahli keluarga mangsa sama ada ayah, ibu atau anak mereka telah ditahan bagi tujuan membantu siasatan.
Sindiket kemudiannya akan mengarahkan mangsa memasukkan wang demi menyelamatkan ahli keluarga mangsa tadi daripada merengkok di dalam lokap.
Tips untuk mengelak menjadi mangsa penipuan ini:
– Jangan mudah percaya dengan mana-mana panggilan telefon terutamanya yang meminta anda memasukkan wang ke dalam sesuatu akaun bank.
– Jangan sesekali takut, gelisah atau malu untuk menghubungi semula mana-mana balai polis yang dikatakan tempat ahli keluarga itu ditahan.
– Jangan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda di dalam talian telefon.
– Jangan sesekali membuat transaksi wang kepada sesiapa yang tidak dikenali di dalam talian telefon.
– Jangan sesekali menyerahkan akaun bank sendiri kepada sesiapa bagi tujuan menyalahi undang-undang.
SUMBER: