Waspada Surat Palsu Berkaitan Jemputan Rasmi bagi Majlis Penyerahan ‘Gratuity Payment’ yang Menyalahgunakan Nama Menteri dan KKR

TULAR:
111

Menurut kenyataan media Kementerian Kerja Raya (KKR):

Menteri KKR merujuk kepada penyebaran surat surat bertarikh 28 Julai 2025 yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan ditandatangani atas nama Menteri Kerja Raya Malaysia, berkaitan “gratuity payment” kepada seorang individu.

Ditegaskan bahawa surat tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak KKR mahupun Menteri di kementerian ini.

Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan rasmi bagi majlis penyerahan bayaran gratuiti sedemikian.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan dokumen seumpama ini yang jelas mempunyai unsur penipuan dan penyamaran.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKR

Instagram Rasmi KKR

X Rasmi KKR

TikTok Rasmi KKR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI