Waspada Surat Palsu yang Menyalahgunakan Nama dan Logo JKDM, Untuk Meminta Bayaran SST

TULAR:
146

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM):

JKDM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan kewujudan surat palsu yang didakwa dikeluarkan oleh JKDM serta menggunakan nama dan tandatangan Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Cukai Dalam Negeri) bagi tujuan memohon bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

JKDM ingin menegaskan bahawa surat tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak jabatan. Sebarang tindakan yang melibatkan penyalahgunaan nama pegawai kerajaan bagi tujuan penipuan merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan integriti perkhidmatan awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKDM

Instagram Rasmi JKDM

X Rasmi JKDM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI