Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Durian Telur Buaya D167 Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo MARDI

TULAR:
43

Menurut Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI):

Dimaklumkan bahawa laman media sosial yang berlegar ketika ini tiada sebarang kaitan dengan MARDI. Laman tersebut merupakan akaun/laman palsu yang diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

MARDI tidak pernah menjual anak pokok Durian Telur Buaya D167 seperti yang diiklankan di laman palsu berkenaan. Sebarang urusan pembelian secara dalam talian melalui laman tersebut tidak berada di bawah pengetahuan, kawalan, atau tanggungjawab pihak MARDI.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan menyemak kesahihan maklumat hanya melalui saluran komunikasi rasmi MARDI.

SUMBER:
Facebook Rasmi MARDI

Instagram Rasmi MARDI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI