Waspada Taktik Penipuan Menggunakan Nama TNB Dan Menawarkan Servis Diskaun Untuk Bil TNB Pemilik Perniagaan

TULAR:
204

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB telah mengesan taktik penipuan (‘scam’) menggunakan nama TNB yang menawarkan servis tidak diketahui dan menjanjikan 8-10% diskaun serta penjimatan elektrik sehingga 70% untuk pemilik perniagaan.

TNB ingin memaklumkan bahawa TNB tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik halaman Facebook berikut dan tidak mengiktiraf servis yang ditawarkan oleh mereka.

Sekiranya anda terjumpa hantaran media sosial seperti yang berikut, segera lapor dan sekat (‘block’) halaman tersebut bagi keselamatan anda dan pelanggan TNB yang lain.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB

X Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI