
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM):
JKDM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh JKDM dan menggunakan nama serta tandatangan Dato’ Aidid bin Tajuddin bagi tujuan memohon bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Untuk makluman, Dato’ Aidid bin Tajuddin telah bersara dan tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam struktur organisasi JKDM. Justeru, sebarang dokumen yang menggunakan nama beliau atas kapasiti jabatan ini adalah tidak sah dan berunsur penipuan.






