Waspada Taktik Penipuan Yang Meminta Bil TNB dan Menawarkan Perkhidmatan Skim ToU

TULAR:
174

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB mengesan mesej di WhatsApp yang meminta pengguna menghantar bil TNB untuk tiga bulan kepada pihak yang tidak dikenali bagi menilai kelayakan menyertai Skim ToU (Time-of-Use).

Modus operandi penipuan adalah meminta bil TNB pengguna selama 3 bulan dan menawarkan “nasihat” untuk menyertai Skim ToU. Ini berisiko mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan pengguna kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

TNB tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk mengumpul bil elektrik atau memberi nasihat berkaitan Skim ToU.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI