Waspada Taktik Penipuan yang Menawarkan Perkhidmatan atas Nama dan Logo MARA

TULAR:
20

Menurut Majlis Amanah Rakyat (MARA):

Berikutan penularan penggunaan Kad Rasmi MARA atas nama Mohd Amir Amirul (MAA) yang mendakwa dirinya sebagai Business Sales Specialist serta menawarkan perkhidmatan bagi pihak MARA, kami menegaskan bahawa individu tersebut tidak pernah dilantik, diberi mandat, atau diberi kuasa untuk mempromosi mahupun memproses sebarang kemudahan MARA.

Semakan turut mendapati bahawa nombor telefon yang digunakan individu berkenaan telah disenaraikan sebagai salah satu talian yang dikenal pasti berkaitan penipuan melalui pelbagai aplikasi pengecaman penipu (scammer).

SUMBER:
Facebook Rasmi MARA

Instagram Rasmi MARA

X Rasmi MARA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI