Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Perkhidmatan Pendaftaran Pembekal TNB Melalui Saluran Tidak Sahih

TULAR:
87

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran untuk mendaftar sebagai pembekal (vendor) TNB melalui talian 017-5797469.

Saluran tersebut bukan saluran rasmi TNB bagi tujuan pendaftaran pembekal (vendor).

Turut diingatkan juga untuk tidak menghubungi talian berkenaan serta tidak menyerahkan sebarang maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali.

SUMBER:
Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI