Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Perkhidmatan Urusan Imigresen Palsu Melalui Media Sosial

TULAR:
154

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):

JIM memandang serius kegiatan beberapa akaun media sosial yang didapati secara terbuka mempromosikan perkhidmatan urusan perjalanan masuk dan keluar Malaysia, menghapus status ‘ blacklist ‘ dalam sistem JIM dan urusan permohonan program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tidak wujud kepada warganegara asing termasuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Siasatan awal mendapati akaun-akaun media sosial tersebut mengenakan bayaran tertentu terhadap setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti ini disahkan sebagai satu bentuk penipuan dan cubaan untuk memperdaya orang ramai dengan mengaitkan JIM bagi mengaut keuntungan secara tidak sah.

JIM ingin menegaskan bahawa Jabatan ini tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen untuk menguruskan perkhidmatan berkaitan urusan imigresen. Sebarang urusan berkaitan perkhidmatan imigresen hendaklah dilakukan di Pejabat Imigresen. JIM menyeru semua pihak agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau iklan yang disebarkan melalui media sosial yang menjanjikan urusan imigresen secara ‘pintu belakang’.

SUMBER:

Facebook Rasmi JIM

Instagram Rasmi JIM

X Rasmi JIM

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI