Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Servis Diskaun Bil Elektrik

TULAR:
87

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB menyarankan orang ramai untuk kekal berhati-hati dengan taktik penipuan ini yang berleluasa di media sosial. Pastikan anda mengenal pasti tanda-tanda amaran seperti dibawah:

  1. Permintaan pembayaran melalui wang tunai atau pindahan ke akaun bank individu.
  2. Sebaran iklan atau promosi yang mencurigakan melalui media sosial (Facebook, WhatsApp, TikTok dan lain-lain).

Penipu akan cuba menghubungi anda melalui media sosial, panggilan telefon, e-mel atau secara bersemuka untuk:

  1. Menawarkan diskaun palsu untuk pembayaran bil elektrik.
  2. Meminta pembayaran untuk mengelakkan pemotongan bekalan elektrik.
  3. Menawarkan perkhidmatan seperti pendawaian secara haram (pengusikan meter).
  4. Menjual barang atau peranti penjimatan tenaga yang tidak diperakui yang kononnya boleh mengurangkan bil elektrik anda.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB

X Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI