Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video AI Dengan Menggunakan Wajah Dan Suara KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

TULAR:
112

Menurut Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office):

Royal Press Office mengesan terdapat sebuah akaun video palsu TikTok yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memaparkan suara KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Video berkenaan disebarkan melalui Tiktok dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kononnya berkaitan bantuan kewangan daripada Baginda kepada orang ramai.

SUMBER:
Facebook Rasmi Royal Press Office

Instagram Rasmi Royal Press Office


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI