Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video AI Dengan Menggunakan Wajah Dan Suara KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong

TULAR:
722

Menurut Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office):

Royal Press Office mengesan terdapat akaun video palsu di dalam Facebook yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memaparkan wajah serta suara KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Video berkenaan disebarkan melalui laman media sosial Facebook dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

SUMBER:

Facebook Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Instagram Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI