Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video AI Dengan Menggunakan Wajah KDBP Sultan Pahang

TULAR:
253

Menurut Halaman Facebook Rasmi Istana Pahang (Kesultanan Pahang):

Istana Pahang telah mengesan terdapat penyebaran video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dengan memaparkan wajah menyerupai Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Beberapa klip video palsu giat disebarkan melalui beberapa akaun TikTok kononnya berkenaan tawaran bantuan kepada rakyat.

Istana Pahang ingin menegaskan bahawa video tersebut adalah tidak benar dan tidak sahih. Ia merupakan penyalahgunaan imej KDPB Sultan Pahang bagi tujuan penipuan dan memperdaya orang ramai.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kesultanan pahang

Instagram Rasmi Kesultanan Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI