Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video AI Dengan Menggunakan Wajah KDBP Sultan Pahang

TULAR:
119

Menurut Halaman Facebook Rasmi Istana Pahang (Kesultanan Pahang):

Istana Pahang mengesan kewujudan penyebaran video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), memaparkan wajah menyerupai Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Istana Pahang menegaskan bahawa video tersebut adalah tidak benar dan tidak sahih, malah merupakan penyalahgunaan imej Paduka Baginda bagi tujuan penipuan dan memperdaya orang ramai.

Istana turut menjelaskan bahawa Paduka Baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi. Semua aktiviti rasmi atau titah Baginda hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang, termasuk satu akaun rasmi di Facebook dengan kira-kira 736,000 pengikut.

Bagi platform lain seperti Instagram, TikTok, YouTube dan aplikasi X, hanya nama Kesultanan Pahang digunakan secara rasmi. Manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.

SUMBER:
Facebook Rasmi Kesultanan Pahang

Instagram Rasmi Kesultanan Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI