Waspada Taktik Penipuan yang Menjana Video AI Dengan Menggunakan Wajah KDPB Tengku Ampuan Pahang

TULAR:
106

Menurut Halaman Facebook Rasmi Istana Pahang (Kesultanan Pahang):

Istana Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj pernah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai melalui platform TikTok.

Penafian dibuat susulan kemunculan sebuah akaun yang didapati giat memperdaya masyarakat dengan memanipulasi wajah Baginda menerusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Istana Pahang menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kesultanan Pahang

Instagram Rasmi Kesultanan Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI