
Menurut Kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) :
JSJK PDRM ingin memaklumkan bahawa satu video berdurasi 32 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok telah dikesan menyebarkan maklumat palsu dengan menggunakan gambar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Video TikTok tersebut yang memaparkan seolah-olah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan ucapan berkaitan tawaran bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dan menggesa individu yang mengalami masalah kewangan untuk menghubungi seorang individu berpangkat Datuk.
PDRM ingin menegaskan bahawa kandungan video tersebut adalah palsu dan dipercayai telah dihasilkan menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI).






