
Menurut kenyataan Majlis Amanah Rakyat (MARA):
Berikutan tersebarnya iklan,hebahan dan informasi yang mempromosikan program pinjaman pelajaran MARA seperti Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) dan Professional Development Programme (Pro-P) yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial sama ada oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), individu dan mana-mana pihak, MARA ingin menegaskan bahawa MARA TIDAK ADA KAITAN DAN TIDAK PERNAH MENGELUARKAN SEBARANG KELULUSAN KEPADA MANA-MANA PIHAK untuk membuat hebahan atau mempromosi program pinjaman pelajaran MARA bagi sebarang tujuan.
IPT atau mana-mana pihak atas apa juga tujuan TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN LOGO MARA atau NAMA PROGRAM atau JAMINAN TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA dalam siaran iklan, sebarang promosi bercetak atau hebahan di mana-mana juga platform media sosial atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang awam.






