
Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) :
Kewujudan National Scam Response Center (NSRC) dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan. Sindiket penipuan ini menggunakan nama dan imej NSRC untuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan tujuan memperdaya mangsa, termasuk memancing maklumat peribadi dan memperoleh wang secara tidak sah.
Pada 30 Ogos 2025, JSJK telah mengenalpasti dua akaun/ halaman Facebook yang menyamar sebagai NSRC.
PDRM ingin menegaskan bahawa kedua-dua akaun/ halaman Facebook tersebut adalah palsu, dan sehingga kini NSRC tidak mempunyai sebarang akaun media sosial, termasuk Facebook.
Untuk makluman, NSRC merupakan pusat panggilan yang beroperasi secara komunikasi sehala, iaitu hanya menerima panggilan daripada orang awam. NSRC tidak akan menghubungi individu melalui telefon, mahupun menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp. Oleh itu, sebarang panggilan atau mesej yang mengaku mewakili NSRC adalah penipuan semata-mata.
SUMBER:






