
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis:
Dimaklumkan bahawa telah berlaku cubaan penipuan menggunakan nama pegawai dan dokumen palsu yang menyerupai dokumen rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis.
Jangan mudah percaya jika menerima mesej, panggilan atau e-mel menggunakan nama pegawai JPS tanpa pengesahan.
Sahkan sebarang dokumen atau tawaran kontrak dengan menghubungi terus pejabat JPS Perlis.
Laporkan segera kepada PDRM (Balai Kangar) sekiranya terlibat dalam kes ini terutamanya melibatkan kerugian wang.
SUMBER:
Facebook Rasmi JPS Negeri Perlis






