
TNB telah mengesan penipuan phishing yang menggunakan nama myTNB untuk menghantar e-mel kononnya berkaitan notis tunggakan bil elektrik bersama pautan mencurigakan.
TNB menyeru orang ramai untuk sentiasa menyemak alamat e-mel penghantar (domain) bagi mengesan tanda-tanda mencurigakan (seperti ejaan yang janggal atau domain yang tidak berkaitan dengan TNB).






