Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai HASiL Dengan Meminta Bayaran Tunggakan Melalui SMS

TULAR:
76

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL):

Berhati-hati apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertindak seolah-olah dari HASiL.

Apa anda perlu buat:

  1. Jangan pank apabila menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali.
  2. Abaikan dan padam SMS tersebut.
  3. Jangan sesekali balas atau mengikut arahan penghantar SMS.
  4. Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada penghantar SMS.
  5. Tulis butiran penghantar SMS bagi tujuan rekod sekiranya diperlukan.
  6. Buat pengesahan kepada pihak berkaitan berkenaan isi kandungan SMS yang diterima.

SUMBER:

Facebook Rasmi HaSiL

X Rasmi HaSiL

Instagram Rasmi HaSiL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI