Menurut Kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL):
HASiL ingin menarik perhatian umum berhubung maklumat teks yang tular menerusi aplikasi Whatsapp menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.
Justeru, ingin ditegaskan bahawa HASiL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.
Tiada sebarang teks menerusi aplikasi WhatsApp boleh dilakukan tanpa kebenaran dan HASiL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, HASiL ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk teks WhatsApp, emel, pautan yang mencurigakan serta laporkan mesej dan sekat nombor telefon tersebut.