Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pakar Perubatan Dalam Mempromosikan Iklan Produk Perubatan Palsu

TULAR:
66

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK, PDRM):

PDRM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai iklan di media sosial. Kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat telah menjadi pencetus kepada kewujudan iklan-iklan yang memaparkan suara, wajah serta video individu-individu ternama (tanpa kebenaran individu tersebut) dengan tujuan untuk mengelirukan pembeli.

JSJK telah menerima maklumat tentang kewujudan akaun TikTok “Malaysia Shopping Mall” yang didapati mempromosikan produk perubatan menggunakan suara dan video Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar perubatan terkenal. Penggunaan suara dan video ini bagaimanapun telah dilakukan tanpa kebenaran pakar perubatan tersebut dan dipercayai telah dilakukan menggunakan teknologi AI.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSJK

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI