Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pekerja TNB

TULAR:
89

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB mengambil maklum akan laporan orang awam berhubung insiden di Kampung Johan Setia, melibatkan individu tidak dikenali yang menyamar sebagai warga kerja TNB. Individu berkenaan dilaporkan menuntut bayaran tunai bagi mengelakkan pemotongan meter akibat tunggakan.

TNB tidak pernah meminta bayaran tunai secara terus di premis pelanggan. Sebarang pembayaran tunggakan bil boleh dibuat melalui saluran rasmi seperti portal dan aplikasi myTNB, JomPAY, perbankan dalam talian, Kedai Tenaga yang terdekat.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI