Waspada Taktik Sindiket Penipuan Berkaitan Penyaluran Bantuan RM100 di Bawah Program SARA

TULAR:
70

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK):

Orang ramai diminta berhati-hati dengan sindiket penipuan yang mengambil kesempatan terhadap bantuan RM100 yang disalurkan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyatakan pihaknya menjangkakan kegiatan sindiket berkenaan, akan kembali aktif untuk memperdaya orang ramai bagi mendapatkan maklumat peribadi dan perbankan atas alasan kononnya untuk tujuan pengesahan bantuan.

Lazimnya sindiket akan menyamar sebagai wakil agensi kerajaan, dengan menghubungi mangsa dan menghantar mesej palsu atau pautan phishing yang kelihatan rasmi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp atau panggilan telefon, untuk memancing mangsa.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi atau kewangan dengan individu tidak dikenali.

SUMBER:

Bernama

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI