Waspada Taktik Sindiket Penipuan Berkaitan Program Rumah Mesra Rakyat 2025

TULAR:
88

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) :

Program Rumah Mesra Rakyat 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri melalui skim pembinaan rumah pada kos mampu milik. Namun begitu, pihak polis telah mengesan cubaan sindiket penipuan yang mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai saluran rasmi program ini untuk memperdaya orang awam melalui platform media sosial.

Hasil pemantauan pihak polis terhadap aktiviti media sosial telah mengenal pasti satu akaun TikTok yang mempromosikan program “Rumah Mesra Rakyat 2025” dengan memaparkan pautan mencurigakan ke laman web luar negara.

Laman tersebut meminta pengguna mengisi nama penuh dan nombor telefon, memasukkan kod OTP yang dihantar ke nombor tersebut, dan seterusnya menyerahkan kata laluan akaun Telegram. Analisis mengesyaki laman ini merupakan taktik sindiket phishing bagi merampas akaun Telegram mangsa untuk tujuan jenayah siber penyamaran, pemerasan dan penipuan atas talian.

SUMBER:
Facebook Rasmi PDRM JSJK

X Rasmi PDRM JSJK

Instagram Rasmi PDRM JSJK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI