WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa.
Bagi memastikan taktik penipuan mereka sukar dihidu, ahli sindiket kebiasaannya akan mengiklankan tawaran kerja di dada akhbar dengan menyatakan kemudahan serta gaji yang lumayan bagi menarik minat orang ramai untuk menghubungi mereka. Taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa supaya berkerja dengan syarikat terbabit tanpa melalui proses pengambilan yang rumit.
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan janji manis mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat sebelum menerima kerja yang ditawarkan.
SUMBER: