WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan satu akaun pengguna Facebook yang menawarkan pinjaman mikro, dengan menggunakan nama dan logo Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menurut kenyataan rasmi PERKESO:
Kami ingin menegaskan bahawa PERKESO tidak pernah memberi sebarang kemudahan pinjaman mikro atau mengiktiraf mana-mana pihak atau syarikat untuk menawarkan perkhidmatan tersebut menggunakan nama dan logo PERKESO kepada orang ramai ataupun pencarum PERKESO.
Sebagai sebuah agensi Kerajaan yang mentadbir dan melaksanakan perlindungan keselamatan sosial di negara ini, PERKESO menyediakan perlindungan kepada pencarum melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan Akta Sistem Insuran Pekerjaan 2017 yang memberi faedah perlindungan kepada pencarum jika berlaku insiden bencana kerja, keilatan dan kehilangan pekerjaan.
PERKESO amat kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan orang ramai dan memandang serius penggunaan nama atau logo secara sembarangan bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu.
SUMBER:
Facebook Rasmi Ketua Eksekutif PERKESO