WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran tender melalui sijil atau surat yang menggunakan nama Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR):
Kementerian Kerja Raya tidak pernah mengeluarkan tawaran tender seperti ini, dan sijil atau surat di atas adalah PALSU. Diminta orang ramai tidak tertipu dengan tawaran-tawaran seperti ini. Sebarang pertanyaan boleh bertanya terus kepada Kementerian Kerja Raya.